Saturday, April 17, 2010

Bermula Episod Baru Dalam Biznes




Alhamdulillah.... hari ini tepat jam 1.00 pagi, 18 April 2010 - saya bermula di tapak baru dalam biznes. Semoga hasrat ini akan termakbul dan berjalan dengan baik sebagaimana yang saya inginkan.

Kepada semua yang singgah di sini, terima kasih diucapkan. Saya akan kongsikan semua produk yang bersesuaian dengan biznes saya untuk tatapan semua. Sekiranya berminat, anda dialu-alukan untuk membuat tempahan. Sila ikut semua cara-cara yang ditetapkan dan semoga berpuas hati dengan khidmat yang akan diberikan.

Di antara barangan dan produk yang akan anda temui di sini adalah seperti berikut :-

1) Buku-buku Terpakai (*2nd hand - harga tawaran istimewa):-
a) Buku-buku Ilmiah;
b) Novel-novel Dewasa;
c) Novel-novel Romantis Remaja;
d) Novel-novel Kanak-kanak; dan
e) Lain-lain jenis buku & majalah.

2) Arnab Hidup - *diutamakan kepada pembeli secara PUKAL. Semua belian adalah atas dasar SELF-PICKUP (*ambil sendiri dari ladang).

3) Barangan Terpakai yang masih baik kondisinya dan terjaga kualitinya.

*Jenis dan jumlah barangan akan sentiasa ditambah mengikut keperluan. Anda dipersilakan melawat blog ini setiap SEMINGGU SEKALI untuk memeriksa sebarang tambahan produk baru. InsyaALLAH saya akan update sekerap mungkin bergantung kepada bekalan barangan dan produk yang tersebut.

~ Perlu saya ingatkan bahawa barangan dan produk di dalam blog ini MUNGKIN mengandungi unsur-unsur SEKSUAL yang kurang sesuai bagi mereka di bawah usia 18 tahun. Oleh yang demikian, sekiranya anda tidak bersedia untuk menerima paparan yang di luar bidang atau kegemaran anda, sila log keluar daripada blog ini bagi menjaga keharmonian kita bersama. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment